Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Friday, January 18, 2013

Diet | Senaman Perlu Seimbang

السّلام عليكم و رحمة الله



Wahh..kelas tajuk kau nyahh.. hahahah.... Penyakit malas update blog memang dah sebati dlm diriku ini. Pheww... Why?? Why?? Tak boleh nak ubah walaupun dah masuk azam baru?? Hahaha... Wallahualam.. Kalu kawan² yg mengikuti perkembangan diriku di FB, skrgkan diriku ngah bergiat cergas berdiet. Dan telah join gym bermula awal Januari hari tue. Hehehe.. Korang jgn tanya soklan kat aku. Shiem diet nak turun brp kilo?? Boleh tahan ke makan banyak tu?? Berjaya ke turunkan berat badan tu?? Semua soklan tu malas nak jawab, boleh??? Hahaha...

Seminggu hingga ke 2 minggu awal memang aku x sentuh besi² bagai nie.. just treadmill 30 minit, Stepper 5 minit n kasuh beskal 10 minit (mase x banyak sebab berkejar nak ambek anak selepas tu). Seminggu terasa sengal sikit² je kakiku ini... Tapi ku gagahi sebab nak sihat nak cergas nak fit... (ye ker?) Lalalaaaaa... 

                                    
                                    

So, 2 minggu aku layan Treadmill, stepper ngan beskal. SO adik yg jaga gym tu cakap "ok kak, this week sy ajar akak senaman lebih kepada peha/kaki, back, shoulder & chest". So senaman nie slalunya org sebut squat exercise, Lunges exercise dan Pek Deck. (Nanti aku terangkan satu². Korang yg duduk kat umah pun boleh buat k). Haaaa.. memang menjawablahh.... mencurah² keringat buat squat pada mulanya.... memang ghase tegang kaki n peha aku.. Kata nak kecikkan peha pinggul n kaki kan.. so kena kuat ye shiem. So hari pertama aku memulakan Squat Excercise, impact dier...perghh..... turun tangga naik tangga menggegel kepala lutut k... hahahah


So, hari seterusnya adik tu ajar main utk chest, back n shoulder. Ok, balik umah bg alasan kat en somi, x boleh masak. Sila beli di kedai sajork.. pegang senduk pun gegel.. Hahhahaha.. acaner.. Nak fit punya pasal (nak fit je keee??). Adeih... Tapi memang puas hati lah... sakit 1 badan tapi puas.. seronok jer walaupun kadang tebalkan muka je masuk gym nie sebabnya geng² fomfuan xde pun. Aku jer la bunga kat gym tue. Tapi aku layankan aje budak² kat situ. Keh keh keh....

InsyaAllah, berkat hasil usaha penat lelah sakit badan harap² adelah hasilnya. Tak banyak, sikit pun jadieqlah (Ape yg sikit banyak tu shiem??). Lalalalala.... Tapi yg penting kita nie semangat n sentiasa konsisten. So, aku nak share sikit pengalam sorang budak yg berjaya turunkan berat badan dier dari 140 kg ke 90kg.


Antara senaman dan diet yang dilakukan: 
  • Kardio pada pagi dan petang. - (jogging/basikal/berenang)
  • Weightlift 2-3kali seminggu. - (gym)
  • Diet seimbang (Nasi sebesar penumbuk, lebihkan lauk yang tinggi serat dan protein) - jarang makan nasi dah..
  • Minum air kosong atau kopi tanpa gula (0 kalori) - 8 gelas sehari k
  • Elakkan “junk food” yang berkalori tinggi. - just try ;)
  • Rehat yang secukupnya (Tidur 8 jam) - Susah
  • “Cheat day” seminggu sekali. - Yahoo~!!


Squat Excercise

Senaman squat ni dikenali jugak as a king of all exercise di mana tertumpu pada otot besar, bontot, peha depan dan belakang jugak betis. Tapi setakat perempuan, 5kg pun dah memadai. Patah pinggang aku kalau kena belasah dengan 10kg. Mau terberak kat situ. haha!

Caranya? Berdiri dengan kaki paras bahu dengan ibu jari kaki menghala ke hadapan. Bengkokkan lutut, rendahkan hip ke arah lantai seperti hendak duduk. Pastikan lutut tidak lebih dari ibu jari kaki. Turun sehingga 90 darjah. Buat 3 kali seminggu dengan 12-15 ulangan



Bagi korang yg duduk umah n xde mase pegi gym, boleh bat kat umah mcm nie...



Lunge Exercise

Tertumpu pada otot quads (peha depan), hamstrings (peha belakang), glutes (butt) dan calf (betis).

Caranya; Berdiri dan bergerak ke hadapan, turunkan kaki sehingga 90 darjah. 1 kaki di hadapan, 1 di belakang. Kemudian kembali ke depan asal (berdiri). Kemudian tukar ke kaki yang lain. Buat seminggu 3 kali dengan 12 – 15 ulangan. (Dumbell tu korang leh gantikan ngan botol mineral berisi air)


Pec Deck Flyes

Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot. 

Caranya: Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda. Tangan anda sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.



Satu lagik pesanan penaja dari ku. Kenalah hari² membaca, survay, cari info berkaitan diet n baca berkaitan kejayaan orang² yg berjaya turunkan berat badan. Jangan cari orang berjaya tambahkan berat badan k. Hehehe....

info pemakanan


 

Nie menu aku hari². TANPA JEMU ;)

** Pesanan penaja: Senaman + diet kena konsisten. baru cepat turunkan berat badan. Mcm aku x konsisten tapi semangat tu.. Pastu kena selalu cari info.. kena slalu baca kejayaan orang² yg berjaya turunkan berat badan k. Gudluck!

2 sembang² (",):

Diarihatiku1976 said...

chaiyokkkkk.. moga mendapat kesihatan yang seimbang...

myza said...

info yg sgt sgt sgt brguna buat aya yg baru nk berdiet nih.TQ Soo much.nk p gym x mampu..buat kt rumah je dgn anak2 hihihi