Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Monday, April 30, 2012

Heaven di hari minggu

السّلام عليكم و رحمة الله

Wekend yg biase² jerk. Memandangkan BERSH✔T bat hal pd hari sabtu tue, weols plan lepak jer kat umah. Basuh baju kemas rumah masak² dll. Sangat hepi... Petang² kuar g JJ Rawang jalan² cuci mata... Ahad plak pepagi kuar g bekpes ngan member² smp tghr then balik umah layan HBO semendang si ASTRO bagi pree 130 channel selama 10 hari. Heaven....!! Layan anak layan laki... memang menyeronokkan... nak² masak² dihari minggu kemudian melihat en somi makan pulak bertambah². Alhamdulillah... bersemangat lagik nak masak pasni.. heheheh


Tgklah anak dara saye yg semakin hari semakin lasak n semakin banyak akai... :)
Masak cili nie faveret en somi... ;)
Haaa... inilah sayeee..... ghajin kan?? habeh disepahnyerrr... penat mama mengemas, dier tambahkan lagi kekemasann... hahahha


Sunday, April 29, 2012

Tuntutan BERSH✔T


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?

1.      Bersihkan senarai undi

2.      Reformasikan Undi Pos

3.      Gunakan Dakwat Kekal

4.      Akses Media yang Bebas dan Adil

5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari

6.      Kukuhkan Institusi Awam

7.      Hentikan Rasuah

8.      Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?

1.      Bersihkan senarai undi

2.      Reformasikan Undi Pos

3.      Gunakan Dakwat Kekal

4.      Akses Media yang Bebas dan Adil

5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari

6.      Kukuhkan Institusi Awam

7.      Hentikan Rasuah

8.      Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi     -     SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos       -     Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal       -     Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil       -     SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari      -     Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian

Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.

Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.-

Rujukan : Agendadaily

Thursday, April 26, 2012

Birthday Surprise Utk Hubby (UPDATED)

السّلام عليكم و رحمة الله

Alhamdulillah nielah yg nak distorykan pd semua rakan taulan... Tapi shiem x berkesempatan nak story.. Tgk gambar dulu ok... Kendian akan story... ;)


Ok, kiter bersambung kembali. Actually plan utk surprise utk hubby nie dah lama cuma dok peram dalam hati sesorang sesambil membilang hari. hahah... Terujerkan dpt bini mcm nie... Shiem mang suka bat surprise.. sebelum nie dah penah buat... surprise behday dgn kawan2 kat KFC.. Hantar hadiah kat opis la.. mcm² lagik... lepas² nie x tau laa... Buat selalu pun nanti xde nilai pulak kan. Oleh itu taon depan xde birthday surprise.... hahaha...

So seminggu sebelum kejadian, shiem plan ngan kakak opismate hubby iaitu kak zam. Mintak tlg dier orderkan kek yg opismate hubby buat jugak. Kek dier memang sedap... Kek coklat yang mana kek tue penah dier order mase behday shiem. Mang x dinafikan kesedapannya. Yummy..Alhamdulillah... Shiem order kek tue hopefully utk 1 floor hubby leh makan. Tapi memang 1 floor dier leh makan. memang besar n berbaloi.... ;)

Plan ngan kak zam beria betul... dah terbayang mcm².... Terpikir jugak takut terkantoi ngan hubby... Sebab selalu dok koling² ngan kak zam. Hubby perasan jugak tapi maybe dier x baget. Hehehe... sehari sebelum hari kejadian, folow up ngan kak zam lagik... Dah order kek & plan nak tulih ape kat ateh kek tu... dan plan bagaimana kejutan akan dibuat... Hahhaa... neves maks!!

Mase hari kejadian, pepagi shiem nak g keje.. Shiem cium tangan n pipi hubby sesambil ucap "Byee.. Birthday Boy". Hahhaa... muka dier nampak slumber jer.. Dier x perasan maybe. Pastu smp jer opis dlm kul 8++ aku dah x senang duduk dah kat opis nie. Kol kakak zam, tanya dah smp opis lum... Camne persiapan even sebenarnya Kak zam bercuti hari tu. thanks sistoo!! Pastu kak zam kata, en hubby sy ade meeting.. pulak.... meeting tu kul 12 baru hbs... kul12 Shiem kol hubby, kekonon nak bertanya khabar. Hubby cakap dier dah hbs meeting tapi rileks kejap nak minum2 bagai. 

Shiem pun kol kak zam, mintak kak zam kol hubby suh balik opis. Hahhaa.. lastly Big Bos hubby yg kol "hang naik atas sat, ade benda urgent nie". Hhahahaha.... syabas bos.... sangat sporting.... Hubby pun terkocoh kacah la balik opis... skali balik opis tgk org berkerumun n terkkejut la dier ade kek ateh meja... hahahha... pastu time dier nak potong kek tu, siap semua org menyanyi lagik tu.... hahahhaa... Tgk la muka dier kat gamba tue... muka malu² kucing tapi dalam hati bangga giler coz bini bat surprise... hahahha...

Tgk la muka dier tue.. malu² kucing... hahahah
Potong kek time.... Hepi behday papa....


Alhamdulillah.. Semua dah selesai... Lepas kejadian en hubby hantar msg "Tq Ling.. I LOVE u la..". Hahhahah... baru dier tau sape bini dier.. balik umah jer memuji bini nie melambong².. melantun².. kembang idong si bini nie... hahahha.... baru dier tau sapa bini dier nie kan... "Mamalah isteri yg paling unik.. bla..bla..blaa...". Hahhahaa.... Apepun, si isteri nie buat ikhlas kerana Allah SWT. Supaya dengan adenyer benda² dalam perhubungan somi isteri tu, dapatlah dieratkan lagik hubungan tu. Supaya ade kemanisan dalam perhubungan. Itu sebenarnyaaa.... Amin. ;)




Tuesday, April 24, 2012

HAPPY BIRTHDAY CINTA

السّلام عليكم و رحمة الله


Hari nie behday my hubby. I have planning something with someone utk bat surprisee... Nantikann.... Hehehe... Agak² dier terkejut x?? Hahaha

"Ya Allah,kau kurniakanlah suamiku kebahagiaan di dunia akhirat, Kau panjangkanlah usianya, berikahlah dia segala kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya, Kau panjangkanlah jodoh kami hingga ke akhir usia. Berikanlah aku kesempatan untuk melalui liku-liku kehidupan bersama suamiku. Kau limpahkanlah rezeki buat suamiku, sekiranya rezekinya di langit, maka turunkanlah, sekiranya di dalam bumi kau keluarkanlah, sekiranya di laut kau naikkanlah dan sekiranya jauh, kau dekatkanlah, sekiranya sukar, Kau permudahkanlah. Dan juga Ya Allah Kau berikanlah keberkatan terhadap rezeki tersebut dalam dia memelihara keluarganya. Amin Ya Rabbal A'lamin”

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SUAMI TERCINTA. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SELALU. With ♥ From: CINTA Mama | KASIH Hadzeq | SAYANG Amiena ♥

Wednesday, April 18, 2012

Baju Korporat

السّلام عليكم و رحمة الله


Hari nie mau story pasal itu baju Korporate Bahagian Shiemz. Nielah wajahnya baju korporat kitaorang yg sebenarnya x berapa nak korporat sangat. Paseinyer kaler baju yg x berapa semenggah ituew tapi disebabkan itulah satu²nya baju korporate yg ade, so weols semua kena pakai every Wed... Hehe.. BUT i proud.. :)

Nie cik timah yg tersenyum manis... :)
Me.. just wanna to share my happinest ;)
Our team.. :)
It's Me ~ SHIEMA ~
Me again :)
No komen :D
Me n timah :D
Chill alwiz! :D

Tuesday, April 17, 2012

Tentang anak²

السّلام عليكم و رحمة الله


NUR AMIENA

Alhamdulillah.. Amiena skrg dah 9 bulan dah. Skrg dah pandai mengemas umah dah.. hahahhaha.. Saya dah pandai berdiri lepas tangan dan gigi saye bakal tumbuh 4 btg lagi kat atas. Saya amatlah lasak orgnyer... Dan saye adalah seorang breastfeedholic.. hahahha

Tgklah gamba saye tu, hbs brg permainan sy sepahkan.. tujuannya adalah untuk menambahkan kerja mama yg sedia ade. Bila saye bosan, sy akan merangkak² dan meraung² mencari mama sy supaya sy mendapat upah yg sepatut selepas sy menyepahkan mainan saye. Bila sy tgk muka mama sy, alangkah bahgianya saye rasa. Mamalah tempat sy menyondol² dan berkepit² dan mamalah tempat sy melepaskan kemarahan dan keamukan saye.. Terima kasih mama kerana melayani kerenah saye yg agak nakal nie. Hahahhaha
Tgk la duduk dlm baby carrier... Sangat comel saye nie.. heheh

MUHAMMAD HADZEQ

Alhamdulillah.. saye skrg dah berumur 5 thn... Saye lagi lasak dr adik saye. Saye syg adik sy. Dan saye memang caring adik saye. Tahukah anda, saye memang x pukul² adik saye cuma saye selalu marah adik saye kerana adik saye selalu mengganggu sy ketika saye membace buku @ mewarna buku.

Saye memang banyak cakap dan sy sgtlah rapat ngan papa walaupun muka saye ikut muka mama. Saye punx tahu kenapa. Selalunya kalu ikut muka mama/papa, kiter akan rapat dengan muka yg sama ngan kiter tu. Tapi sy nie lain. Saye rapat ngan papa saye sebabnyer papa suka melayan kerenah saye yg nakal nie. Papa suka layan saye kalu pegi kedai. papalah yg akan belikan sy gula, keropok @ mainan sehingga penuh bakul mainan saye tue. Pepagi papalah yg hantar saye ke sekolah. Sebab itu saye syg papa. Papalah yg akan melayan saye bermain bola..

Walaubagaimanapun saye tetap sygkan mama saye sebab mama sayelah yg melahirkan saye. Kalu saye kena marah ngan papa, mamalah tempat saye mengadu. Hahhahahah... Oleh itu, jgn contohi perangai itu.

Nie bawah ini adalah hasil kerja sekolah saye. Nama sekolah saye Little caliphs dan teacher saye adalah teacher Ikin. Tgklah hasil kerjatangan saye. Saye seorang yg tidak sabar sebab tu hasil kerja tangan saye comot. Hahhaha
Nielah mama saye yg comel.... hahhahaha

Friday, April 13, 2012

Kagum - USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

Tuesday, April 3, 2012

6th Anniversary

السّلام عليكم و رحمة الله


Dah lama x update blog. Disebabkan kebizian yang melanda... Alhamdulillah 31 Mac 2012 genaplah usia perkahwinan Shiem ngan hubby 6 tahun. Pelbagai pahit manis ranjau yang telah dihadapi bersama². Anak dah 2, syukurrr... Semoga Allah memberkati rumahtangga kami. Doakan semoga kebahgiaan kami kekal hingga ke hujung nyawa.. Buat suami dan anak², mama sayangkan korang lebih dr diri mama sendiri. Mama xleh hidup tanpa kalian... Mama sayangkan keluarga mama... InsyaAllah semoga kita mendapat keberkatan dariNYA. So, uols layan la gamba photoshoot kitaorang nie k. Lama dah x ambek gamba keluarga. Thanks pd Din n the geng coz ambek gamba weols... Shiem pun dah lama x ambek job utk photoshoot, so kalu korang berkenan tgk gamba weols nie leh la PM shiem. Harga boleh dirunding... ;)