Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Wednesday, December 12, 2012

DARIPADANYA kita datang KEPADANYA kita kembali


السّلام عليكم و رحمة الله
(Entry Backdated)

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN.. DARIPADANYA kita datang KEPADANYA kita kembali.. Semoga roh jenazah nenek (hubby's side) dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang² yang soleh. InsyaAllah. 

Arwah nenek berusia 86 Tahun dan arwah meninggal sebab sakit tua pada hari Isnin (10.12.12) jam 1130 pagi. Shiem terima kol dari hubby (time tu ade event), kata ade emergency. Time tue leh lak x bawak hp. huhuhu.. Berlari² shiem blk ke opis kol hubby. Dalam kepala nie asyid ingat anak jerk. Rupernyer hubby cakap nenek dah meninggal kul 1130 pagi (hari kejadian). Arwah nenek meninggal selepas makan n minum susu. Time tue mama mertua Shiem nak pakaikan dier pampers, skali badan dier dah lembik dan matanya pun dah ke atas.

Alhamdulillah, arwah nenek pegi dengan mudah n tenang. Semasa urusan memandikan jenazah, shiemz dpt peluang memandikan nenek. Sebelum nie ambek kursus mandikan jenazah, tp belum ade peluang mandikan jenzah yg betul². Kali nie berpeluang. Alhamdulillah.. Sebenarnya sangat mudah mandikan jenazah. Kalu dipraktikkan selalu senang jerk. Kadang² terbayang bila smp mase nanti, org plak akan mandikan aku... :(

Mase Shiem mandikan jenazah nenek, ape yg terdetik di hati. Ya Allah... sucinyer wajah nenek... putih bersihnya badan nenek... Segala urusan pengebumian pun sangat berjalan dengan lancar. Ape yg Shiemz lihat semasa hayatnya, arwah nenek x penah tinggalkan solat sehinggalah dier dah x berupaya bangun sendiri untuk ke bilik air. Sebelum nie walaupun terpaksa berjalan sambil pegang dinding @ kadang² 'mengesot' di lantai, dier tetap solat. MasyaAllahh...

So, kita yg masih hidup nie kena teruskan hidup... Al-Fatihah

1 sembang² (",):

~aYu~ said...

innalillah.. alfatihah wat arwah..