Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Monday, April 5, 2010

MALAS melanda... Ubatnya?


السّلام عليكم و رحمة الله

Dah lama rasanya x update blog. kemalasan yang amat sangat telah melanda diri aku sejak dua menjak tiga menjak ini... Thanks pada kawan² yang sudi memberi komen dlm blog shiemz nie dan maaf la sebab dah lama jugak x menjenguk ke blog kawan² semua. Kadang² terasa nak menjengah ke blog kawan² tapi tahap kemalasan tue betul² kritikal sehingga nak bukak blog sendirik pun malas... Boleh ke macam tue? Tapi hari nie tergerak hati nak membukak blog. Ini pun kerana hati nie tersentuh di atas pemergian Arwah Din Beramboi yang sudah meninggalkan kiter pada 2hb April 2010 bersamaan 17 Jamadilawal 1431h (Jumaat). Hari yang penuh barakah arwah pergi dan takkan kembali. Hati aku tersentuh bila mendengar kematian arwah.. Even, aku bukanlah peminat setia arwah tapi kematian arwah berakhir ketika populariti arwah sedang naik.. Ahhh.... Hati masih belum terima pemergian arwah tapi redha kerana setiap yang sesuatu ade hikmahnya... Allah lebey sayangkan arwah... Oleh itu, kiter sedekahkanlah
Al-Fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang² yg beriman... Amin ♥