Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Tuesday, December 22, 2009

Selamat Pengantin Baru Suhail & Ju

السّلام عليكم و رحمة الله

Lama aku x mencoretkan ape2 dlm blog ini. Buat tatapan kalian aku amat bz dengan kerja, dgn event dan yang terbaaru anak teruna aku ang sedang demam nie. Hari nie dah masuk hari ke 4 dier demam. Tapi agak berkurangan dr hari sebelumnya.

Aku ghase kalian pun seperti aku jugak, bulan Disember nie penuh dengan wedding. Boleh dikatakan sepanjang bulan Disember aku punya acara penuh dengan wedding. Kawan² termasuk la sepupu sepapat aku yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan. Masing² mengambil peluang cuti sekolah nie, utk mengadakan majlis ini.

Nie antara gamba pernikahan sepupu aku, Suhail. Dier engineer MAS dan isteri Ju berkerja sebagai akauntan di salah sebuah syarikat swasta. Majlis dier berlangsung pada 5th Disember hari tu. Majlis berlangsung di Ampang. Dan sebelah sepupu aku sudah tentu la kat Perlis yang mana mang aku x dpt nak balik la. Every week penuh ngan wedding kawan².

Aku ghase ini sahaja yang dpt aku taipkan untuk pengetahuan kalian. Sebab Hadzeq pun x berapa sihat. Aku kena sentiasa monitor dier dr semasa ke semasa. Bebaru nie suhu badan pun cecah 40 darjah. Doc terpaksa masukkan ubat melalui b*n*o* dier. Sian anak mama. Nak boleh perangai mcm2 la kan. lagipun skrg nie bukan saje musim kawen tapi musim demam.. musim sakit mata.. musim selsema dan sebagainya. Bersesuaian dengan cuaca kiter skrg nie.. Kejap panas.. kejap hujan... So, aku ghase nie sahaja. Enjoy the pics~!!

The notty boys

Mama & abah

Monday, December 14, 2009

Malaysia Ke Final.. CONGRATE~!!


VIENTIANE, Laos - Malaysia hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini malam tadi, dua jaringan Baddrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini.

Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur apabila berjaya menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan akhir.

Pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas 0-1 kepada Thailand dan perlawanan itu merupakan kali terakhir Malaysia mara ke akhir.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia berjaya mendiamkan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah apabila pemain sayap, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol pertama seawal minit ke-12.
Gol tersebut berpunca daripada hanta- ran silang Abdul Manaf Mamat dari sebelah kanan yang disudahkan dengan baik oleh Baddrol menerusi sepakan gunting.

Biarpun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Permainan babak kedua pula menyaksikan Laos melakukan asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.
Tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Kanlaya Sysomvang pada minit ke-72 setelah sepakan kaki kirinya dari luar kotak penalti gagal dibaca dengan baik oleh Sharbinee untuk mengikat kedudu- kan 1-1.

Anak-anak buah K. Rajagobal bagaimanapun tidak hilang punca dengan jari- ngan tersebut dan tetap tenang untuk mencari semula gol pendahuluan.

Hasilnya pada minit ke-78, Baddrol berjaya merembat masuk gol kedua dengan menyambut baik bola muntah selepas lambungan awal S. Kunanlan dari sebelah kiri terkena palang gol Laos.
Sisa harapan Laos untuk mengikat kedudukan sekali lagi tidak kesampaian apabila Safiq Rahim menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-84 selepas menyambut baik hantaran Norshahrul dari sebelah kiri.

Malaysia: Sharbinee Allawee Ramli, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abd. Radzak (ketua pasukan), Muslim Ahmad, Sabre Mat Abu (Azmi Muslim), S. Kunanlan, Safiq Rahim, K. Gurusamy, Bad- drol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat (Amar Rohidan), Norshahrul Idlan Talaha (Asraruddin Putra Omar).

السّلام عليكم و رحمةالله

Semalam berlangsung secara
live Bola Sepak Bawah 23 @ Vietnam, Laos. Huh~!! Semangat betul aku semalam tgk
bola. Hubby ngah tdo.. Terjerit² terlompat² aku tgk bola... Bangga giler bila
skuad Malaysia boleh jaringkan 3 gol utk Malaysia. Even kita bermain di negara
orang tapi kesungguhan yang ditunjukan mang bagus n positif. Boleh kire berapa
orang je penyokong Malaysia kat sana tapi doa rakyat Malaysia yang menonton tv
secara live, mungkin satu sebab skuad Malaysia dapat ke Final. Alhamdulillah....
harap² dapatlah pingat emas kan... Amin

Monday, December 7, 2009

Tilam Fame

Cerita lanjut mengenai Tilam Fame. klik disini

السّلام عليكم و رحمة الله

Actually mang banyak nak story mory tapi x sempat. Tapi the lates story... Aku cadang nak beli Tilam Fame nie.... Tilam yang sedia ade skrg nie mang dah rasa spring dah... sakit pinggang aku tdo.... Sehari dua mama aku ade kat KL nie, dier pun tdo ateh tilam tue... Dier pun sakit belakang... huhuhu.... So, nak dijadikan cerita mama aku nie baru jer beli tilam Fame nie.. Tilam berherbal... Dah lama jugak la dier pakai tilam Fame nie... Sebelum nie dier ade gak merungut sakit pinggang tapi lepas dier pakai tilam Fame nie, Alhamdulillah... Sakit pinggang pun telah hilang. Hahaha... promot lak.... Boleh dikatakan every month ade promosi tentang Tilam Fame nie. Yang terkini:

  • Tilam 7" RM 899 + 2 bantal Fame RM99 = RM 998
  • Tilam 8" RM 999 + 2 bantal Fame RM99 = RM1098
    (Penghantaran Percuma)

Actually, aku ngan mama nak order semalam tapi dok pikir2 lagik nak beli tilam ape. Semalam punya promosi lain sket. Beli tilam 7" @ 8" (harga sama) tapi dapat toto bernilai RM99. So mama aku plan nak toto tu... Bila aku kol hari nie promosi dier lain lak mcm yg kat ateh tue. So, skrg aku ngah menunggu org Fame tu kol aku balik samada aku dpt beli tilam Fame dgn promosi semalam atau hari nie... Kalu x dpt aku terpaksa beli yg hari nie punya promosi... Aku plan nak beli Tilam 7" RM 899 + 2 bantal Fame RM99 = RM 998 then aku nak beli 1 tilam single Fame utk hadzeq 5" berharga RM399. Tak sabarnyer nak pakai tilam Fame.... Sebelum nie mang plan nak beli pun tapi x tahu nak beli tilam ape... Sehingga la mama aku merangkap penasihat aku nie menyuruh aku bukan menasihati aku yek.... membeli tilam Fame nie... So, aku menunggu jer la dulu.... hehehe....

Thursday, December 3, 2009

Demam Nur Kasih Berakhir



السّلام عليكم و رحمة الله

Extremely bz lately.... Nak update blog pun x sempat... After Hari Raya Korban, keje kat opis seakan² memerlukan kudrat dr aku. So, nie saje story mory yang dpt aku kongsikan kat sini. Demam Nur KAsih telah berakhir. Buat pengetahuan u all, aku baru jer addicted citer nie.. ghasenyer dekat2 episod akhir... Ahaks~! Tapi aku dah khatam kesemuanya.. termasuklah suami tersinter aku. Actually, dier yg lebey addicted dr aku. Dier yg tolong downloadkan untuk aku... Sayang darling~!! Otw balik ke Perlis, aku ngan hubby layan NK nie dlm kete.. Huhu... Amat terujer uols...

Skrg lak, DVD citer NK nie dah kuar... Huhu... x tahu samada nak beli atau x.. Masih dlm perkiraan.... Sebab citer nie mang memberi kesan sikit sebanyak dlm diri aku.... Mang best... Bukan dr segi lakonan tapi intipati cerita itu yg penting.... Aku ghase x banyak cerita keagamaan yang dipaparkan dlm tv skrg nie... So NK memberi impak yang agak besar....

Wallahualam...