السّلام عليكم و رحمة الله
Alhamdulillah..hari nie ade jugak orang belanja makan berbuka @ Sabak Steamboat & BBQ, Taman Melati. Thanks ayu~!! So sape² nak try leh la dtg sini k... Aku nak try sedap ke idak.. Kalu sedap, aku promote giler²nyer yek... hehehe
PROMOSI ISTIMEWA SEMPENA BULAN RAMADAN!!!
Menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa di samping hidangan utama iaitu Stimbot & BBQ.Berbuka puasa ala Kelantan dengan hanya RM35++ seorang (harga termasuk minuman panas & sejuk) dan separuh harga untuk kanak-kanak (bawah 10 thn).
ISNIN
percik ikan keli, daging gulai kawah, singgang ketam, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.
SELASA
ayam percik, rendang udang, gulai lemak telur masin, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.
RABU
kari sotong, ayam goreng berempah, asam tempoyak kepala ikan, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.
KHAMIS
gulai kunyit udang dengan nenas, singgang ikan, ayam kerutuk, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.
JUMAAT
kari ikan tenggiri, ayam masak kurma, daging goreng kunyit, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.SABTUsinggang ketam, gulai lemak perut lembu, percik ikan keli, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.
AHAD
rendang udang, asam tempoyak kepala ikan, ayam goreng berempah, pelbagai jenis kerabu, ulam kampung, sambal, budu, 3 jenis kuih melayu**, bubur serta pengat.
NASI ISTIMEWA : nasi kerabu ala sabak, nasi kunyit.**
KUIH MELAYU: ondeh-ondeh, nekbat, tepung pelita, sekaya, sira pisang, sira ubi kayu, serawa tapai, bubur pulut hitam, bubur chacha, bubur kacang hijau dll...
PENCUCI MULUT : ais krim pelbagai perisa
SABAK STEAMBOAT & BBQ
(sebelah kiri MRR2 menuju ke UIA gombak/karak highway)
No 49-1G, 49G & LG
JALAN MELATI UTAMA 4
MELATI UTAMA53100 KUALA LUMPUR.
Untuk tempahan/pertanyaan lanjut hubungi : 03-41085070
Waktu urusniaga : 4ptg - 12mlm (setiap hari)
Harga adalah tertakluk pada 5% caj servis.
