Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Tuesday, August 11, 2009

Senaman Kegel @ Kemutan






"Duduk melunjur, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama
lain. Kemut otot-otot di sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan
kentut) dan biarkan seberapa lama yang boleh - sehingga 20 saat. Rehatkan otot
tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi proses ini. Senaman
ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk (semasa
memandu) atau semasa buang air kecil".

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun perempuan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan. Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran. Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan. Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

Untuk wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam tgh² aku aerobik, sempat aku berchatting dengan x-lecturer aku, Cik Hidayah. Sajer sembang² pasal aerobik, pasal diet, pasal anak... Itu jer lah topik yg best pun nak sembang. Pastu dier cakap, dier selalu poco² then lepas tu dier bat 'senaman kegel'. Tak penah aku dengar 'senaman kegel' nie. So aku search la. OOooo... 'Senaman Kegel' nie 'Senaman Kemutan'... huhuhu

Nota kaki: perut berkerongcong.. lapa

15 sembang² (",):

nizza-abira said...

bagus jugak kan senaman kegel ni... leh lah cuba nanti.

shiemz,
CD Aerobik Kathy Smith tu kat mana2 kedai music ada jual ke? berapa RM ye?

Cujie said...

memang tau senaman ni bagus untuk kita nak bersalin... kalau ada masalah yang kalau batuk terkencing... senaman ni pun dapat membantu... heheh

Nana said...

wah bagus senaman nih..hehe

saveme_zero said...

shiem..ko beli CD poco2 betty ke nama dia..feat meriam belina. dalam tu ada bonus senam kegel..ekekekek.

shiemz said...

NiZZA, ade jual banyak jenis... nak yoga ade.. nak aerobik.. mcm² lah. Harga dlm RM9.90. Beli la Nizza, berpeluh²......

CuJIE, itulah..baru tahu... nak amalkan sekarang pun boleh kan... hehe

NANA, bagus nana..amalkan selalu la yek...

SUE, itulah lecturer aku cakap dier beli Cd poco² nie ade skali senaman kegel nie... nak gi tgk la jap gi.. hehehe

MaMa ZuRa said...

bagus senaman ni utk keharmonian rumahtangga... :)

shiemz said...

MAMA ZURA, itulah..utk keharmonian..okla kan... :D

Mrs. Adz said...

bagus la info ni..bagi la info ye

fazilzura said...

emmm cm besh je ..
tp x reti plak kalau takat baca cara2 nye .. nk kene tgk cmner org nye wat ..

Diarihatiku1976 said...

weh.. berkonan den ngan senaman ni... tahu gak bab senaman ni tapi takde masa plak nak buat.. lepas ni nak buat gak lah..

Afne said...

shiem, senaman kegel sgt bgs tau terutamanya utk ibu2 lps bersalin blh menguatkan cekaman otot faraj. nurse yg buat visit masa pantang pn remind supaya amalkan senaman kegel ni.

ai said...

Biasa aku buat masa duk kat opis aku ni..tp riso takot ter stim plak! kahhhhhhhhhh..makanya, buat kejap2 jelah :P

shiemz said...

Mrs. Adz,amalkanlah senaman nie k..

fazilzura,leh jer bat sendirik tanpa bantuan... Kemut2 mcm nak terkencing tue..tahan berak.. hehe

Diarihatiku1976,ala..sambil2 update2 blog tue leh jerk buat... hehe

Afne, tue yg nak amalkan tue.. hehe... ghase geli pun ade.. wekeke

Kak Ai, haha... terstim ek.. tapi mang betul la.. saye terasa sikit terstim tue.. wekeke

syabie said...

senaman aerobik memang baik untuk kesihatan

rUzAiMy said...

Betul, senaman Kegel memang terbukti baik untuk wanita bukan saja selepas bersalin tetapi perlu diamalkan

sepanjang masa. Ianya merupakan senaman warisan turun temurun cuma ramai orang kita hari ini memandang

remeh perkara ini. Sebab itu jika kita lihat pasangan suami isteri dulu2 hidup harmoni. Mungkin juga ada

golongan wanita sekarang tahu kelebihan senaman Kegel tetapi tiada kesempatan atau teknik yang salah

digunakan. Masyarakat barat mula amalkan senaman Kegel selepas mereka menjumpai teknik senaman ini

kerana berdasarkan kajian mereka senaman ini memang baik jika diamalkan. Cuma mereka lebih advancve

kerana telah mencipta alat untuk senaman Kegel ni. Jadi kepada wanita-wanita di Malaysia, Singapore,

Indonesia dan Brunei anda boleh cuba alat ini. Setidak-tidaknya berusahalah untuk kebahagiaan pasangan anda.

Dapatkan segera semasa harga promosi SEKARANG...

http://www.kegelmaster4u.com/index.php?ref=promosi