MEMPELAM

>> Thursday, May 7, 2009

mempelam
mempelam
mempelam
[Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat.

Ladang mempelam ini amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri – negeri lain . Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanya boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac – Jun.

Harumanis merupakan buah "trade mark" bagi negeri Perlis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Kawasan pertanian di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis. Musim mempelam adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun. ]
Last week ini lah hasilnya setelah aku berkampung selama 4 hari kat kampung aku. Dah x larat nak makan dah mempelam.... Pandang kanan mempelam, pandang kiri mempelam... hik hik hik Sekarang tgh musim mempelam la katakan... Kat Perlis, mempelam nie dah sebati dalam darah dah... Satu 'trade mark'.. satu simbol... kalu kat sana, mempelam nie kalu di makan dengan pulut memang cedap!! Pulut tue plak di tuang dgn santan then gula... Perghh!! Menjilat jari weyy....

9 sembang² (",):

mama tisya May 7, 2009 3:24 PM  

aku suka...sedapnye...ngidam ke wei...:)

~~ciklinn~~ May 7, 2009 3:24 PM  

huaaaaaaaaaaaaaa sedappnyer mempelamm itu.. nak2 gamabr yg mabelessss camtu.....

Monalea Ismail May 7, 2009 3:41 PM  

sedapnya shiemz.ingatkan shiemz mengidam tadi

Ummi Salsabila May 7, 2009 3:55 PM  

sedapnyer..pelam tu.nak2..

++eden|essey++ May 7, 2009 4:48 PM  

shiem arituh blk dr langkawi singgah kt perlis...beli gak lah harumanis nie...mahal la RM 12 sekg...beli sekg dpt la 3 bj...mase ghase kt ctu sodap sgt...trus beli..smpai KL..ade sebiji tuh cam x manis lah...huhuhu

tunfrida May 7, 2009 5:08 PM  

shiemzz...tak baekk tau buat orang terliuq! hahaha

nizza-abira May 8, 2009 10:57 AM  

Waaa....
Dah ler niza tgh terkeliuq dgn mangga ni. Shiemz lak tunjuk harum manis ni. aritu ada jual kat bwh opis ni. RM7/kilo. Sodappp!!!

Baru ni ada kwn tu bwk balik mempelam dari perlis. Ya Allah, manisnya macam madu ;/

**bercerita sambil telan ayer liuq ni...

saveme_zero May 8, 2009 1:53 PM  

ko buat aku ngidammmmm..huwaaaaaaaaaa

nzh1979 May 13, 2009 4:57 PM  

shiemmmmmmmmmmmmmmmm
ada sebijik sile anto kat opis PROPEL yek..lama dah tingin..tapi cik abe tak kasi beli :(( gile frust.. dia kata nanti satu umah batok..padahal dia dengki sbb dia tak leh makan..bila dia makan..dia batok! huahhhhhhhhh

Blog Widget by LinkWithin

  © Shiemz.Net Palm by Shiemz 2008

Back to TOP