Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Tuesday, April 22, 2008

about...

Dah lama x update blog. Mana x nyer i nyer photobucket kena block~! image shack pun sama~! Tak de seri la kalu xde gamba kan.... Takpe, aku mang dah plan nak beli 3G. hehehehe....

Sebenarnya, banyak i nak citer kat sini tau. Hehehe... tentang hadzeq (my lovely son), tentang ap (my dearest hubby) n my new toy (laptop)~! muahahha...


Wednesday, April 16, 2008

SINOPSIS EVOLUSI KL DRIFT


SINOPSIS EVOLUSI KL DRIFT Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam perlumbaan kereta `drift’.Kelazimannya bidang perlumbaan kereta `drift’ didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira `daring’ dan agresif.Diari kehidupan Fasha di masa lampau agak mengecewakan kerana pernah menjalani kehidupan yang mengkhayalkan akibat daripada pengaruh yang negatif.Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.Dalam mengharungi pergolakan hubungan antara Zack dan Fasha secara tidak langsung Sham telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan dilema yang melanda mereka berdua.Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta `drift’ ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka yelah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.Sementara itu hubungan Sham dan Fasha semakin intim. Perasaan Zack yang menyedari hubungan ini mula bergolak. Keadaan menjadi lebih kalut apabila Zack dikejutkan dengan satu tragedi menimpa rakannya angkara Joe dan Karl.Apakah kesudahan kekalutan yang melanda? Di manakah garisan penamat sebenar dalam perlumbaan kehidupan Zack dan Sham? Adakah keintiman Fasha dan Sham mampu membina satu ikatan? Mampukan Joe dan Karl `mendapat tempat’ dalam mempengaruhi golongan remaja yang terlibat dalam perlumbaan kereta ke alam kehidupan negatif. Kesemua konflik ini akan terjawab setelah anda menonton filem ini. EVOLUSI KL DRIFT adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara.

Bintang dan watak EVOLUSI KL DRIFT
FASHA SANDHA : Fasha - okla wataknya.. kasar tapi still ade manjanya..
FARID KAMIL: Sham - kredibiliti dia dlm membawa watak nie, x dapat dinafikan...
SYAMSUL YUSOF: Zack - still kontrol macho tapi ako suka~!!
AARON AZIZ: Joe - watak nie mang aku suspect~! menjadieq~!
IQRAM DINZLY:Karl - okla.. tapi kurang menyengat
SHAIFUDDIN HASHIM:Zul - klakar~!
RIZAL ASHRAF : Muz - biase
XY :Razi - biase
HETTY SARLENE:Vee - biase
DIANA DANIELLE:Sara - biase²

Friday, April 11, 2008

evolusi KL DRIFT

Your reservation request has been received. Please note that for Mid Valley, Berjaya Times Square and Pavilion KL reservations, RM1 will be charged upon tickets collection. Please collect your tickets 45 minutes before showtime or earlier with the:

Ref no below.Ref.No [ rahsia la...kang kena cilok~!]
Movie EVOLUSI KL DRIFT
Date SAT 12 APR
Showtime 12:00PM
Cinema GSC(MIDVALLEY)
No. of Seats 4
Full Name shiema halim
PhoneMobile Phone 0126060940

Currently the reservation system does not accomodate cancellations. If the tickets are not collected within 45 minutes of the showtime,the tickets will automatically be sold via our box office.


Hehe....dah booked tiket. Esok aku + hubby nak kuar berchenta dua org jerk~! anak tinggal kat umah ngasuh~! hehehe... dah lama x tgk wayang, lagipun citer evolusi KL DRIFT mang best. Hubby aku pun bising nak p tgk... Ape lagik aku pun booking la tiket. Alhamdulillah berjaya~! kekekeke... dah lama x kuar berdua ngan hubby jejalan nie... skali skala, ape salahnyer....
p/s: jom ler.... ade 2 seat kosong~!

Thursday, April 10, 2008

My new package!

As'kum~!

This is my new package~! I have so many colourful albums and these only 3 of them.. Interested?? Just buzz | call me now~!






RM 200 (birthday | cukur kepala | kid/family photo shoots)

  • 1 Photographer
  • 1-2 hours coverage
  • Unlimited shots for the events
  • 80 pcs X 4R (1 pocket album)
  • 1 pc X 8R
  • All image returned in high resolution digital file in a CD
  • Picture will be edited , black n white , sepia , touch-up , collage n etc

Wednesday, April 9, 2008

lagu

my family potret

Wahh~!! I very impressed wiz this potret~! Million thanks to idham. Hasil lukisannya yg cukup cantek.. Tapi nampak mcm x kena jer pipi akak tue...wakakaka... tapi hasilnya tetap the boom dear~! Cukup cantek... Tapi buat pengetahuan korang, aku pun terra gak melukis. Mase kat skolah dulu, aku cukup disenangi oleh rakan² sekelas kerana kekreatifan aku. Setiap kali ade pertandingan melukis, aku pasti akan turut serta dlm pertandingan tue. Majalah ujang, gila² menjadi hobi aku.. itu satu koleksi occay.... dan masih lagik tersimpan... hehehe....

Tapi itu dulu la... zaman skolah. Tapi hbs sahaja skolah... semua tue berlalu.... Dah bertukar bidang.. tapi skill² melukis tue masih ade sket². Cuma x berani nak tunjuk sebab mungkin skrg dah x cantek mcm dulu. Maluuu.... Hopefully, anak aku akan mewarisi sifat yg baik² dari aku la... melukis tue satu benda yg mencabar minda... Membuatkan kenal apa itu erti seni...

Utk idham, selamat maju jaya. Kalu itu minat awak...teruskan~!


Monday, April 7, 2008

2 small families.. chesz!




nie camera kak zam..guna tripod. Aku x bw tripod time nie...

hari sabtu yang syahdu... hehehe.. Pepagi bangun siap nak p breakfast kat sharizma, sri gombak. Hari nie hadzeq bangun agak awal..maybe sebab dier dah x sabar nak berjumpa dgn ariff gamaknya... Selepas breakfast dlm kul 1030, aku n hubby pun bergegas ke tempat kejadian (tasek sri gombak).. Sesampai di sana, kak zam masih belum kelihatan... muahahha.... aku n co sampai dulu, so sempat la snap gamba kat situ.


mamat nie makin hari makin lincah.. boleh kaki, x senang duduk~!

Tak sampai 10 minit, kak zam & co pun sampai.. so kami cari tempat yg agak strategik tapi malangnya takde pun tempat strategik i mean tempat menarik la. Lastly, duduk la kat pondok tepi tasik tue... Boley la.... Aku n kak zam pun keluarga la prop² masing².. ceccece.. mcm profesional photog lak ghase.... So start dari situ, aku n kak zam ape lagik....menembak la kejenyer... hehehe..nak tambah skill.... inilah hasil tembakan kuu....


senyuman mu mencengkam kolbuku~!

Dalam kul 12++ kami pun beransur balik la..sebab hadzeq dah tunjuk simptom² xde mood nak main..ngantuk..... wekeke..... watever, thanks to kak zam & co sebab luangkan mase bersama. Seronok lak ghase... bila lagik kiter akan bersoting nie yek..ghase x pueh ambek gamba nie.....




my hensem boy~!


Tuesday, April 1, 2008

2nd ANNIVERSARY

Tanggal 31hb Mac 2008, genaplah perkahwinan aku ngan hubby 2 tahun. Alhamdulillah... cepatnyer mase berlalu... Bila teringatkan kisah² mase berkawan, bercinta, bertunang, berkahwin dan beranak nie.... hepi giler! Sumer dah berlalu.. berlalu dengan sebuah kenangan yg cukup indah dalam idup aku.. Setiap orang ade kenangannya kan... tak kire la ape pun yg pasti kenangan tue telah tercalit dalam diari hidup kiter. Mcmana pun ia berlalu dan memberi kesan dalam hidup kiter walaupun kiter tinggalkan ia jauh ke belakang....tetap tak boleh lupa!


nie sebelum kawen, g panjat gunung kat jerangkang pahang

Kolej Teknologi Cosmopoint bermulalah kehidupan aku sebagai student kolej. Kat sanalah aku belajar erti hidup berdikari jauh dr keluarga. Hidup dikelilingi dengan pensyarah², assignment dan KAWAN².. Tapi bila mengimbau balik zaman nie, memang best... aku suka.... Terasa diri nie nak sambung belaja balik.. Hehehe... Bermulah kisah percintaan AKU DAN DIA. ahahhaa.... aku dulu satu kelas ngan hubby. Tapi mase sem ke 2 la startnya. Mase sem 1, kenal gitu² jerk.. ahaha.. bila masuk sem 2 barulah satu kelas.... selalu berjumpa. Hbs kelas, kuar g lepak kedai mamak tepi kolej ngan kawan². Time nie belum la ade fell punnnn.... aku x pandang pun dier. Kawan²....biase la sembang HANG AKU jerk.... Setiap habs semester, kitaorang mesti g gathering jejalan g PD atau mana² jer la... hehehe


aku, kini dan selamanya

Tapi kalu ade assignment atau projek, dier x segroup ngan aku. maklom la, group org terra²... aku nie group ok² jerk... hehehe... tapi sem 1, pointer aku paling tinggi dalam kelas. Occay... masuk sem 2, pointer turun sket.... Tapi xpelah, biaselah tue... Tapi membe baik aku, dikenali sbegai A (bukan nama sebenar) nampak berminat dengan dier. Aku?? Slumber saje occay! Tapi aku x kesah la.. sebab time tue aku baru jerk putus ngan x~bf yg boleh dikatakan 4 thn gak berchenta tapi putus di tgh jalan.... Dipendekkan citer, hubby aku x mau kat si A tapi nak sibok tackle aku occay! ahaha.... Ntah la cmana aku leh la terperasaan ngan hubby aku time tue. Tapi aku diam² sajer la... Sehari sebelum behday hubby, hubby ajak kuar g minum kat uptown... Hah! ape lagik, mula la mengayat..... katanya "shiem, lagik 15 minit lagik masuk behday aku (24/4).. aku nak hang bagik keputusan gak. Aku x paksa tapi hang paham la umur kiter berbeza..." (ceccee..dlm ati, cepat la cakapppp.... :~P)


Mase tgh hangat berchenta.. berkepit jer la... mcm belangkas~!

Aku pendekkan citer, aku pun jawablah "aku x kesah, pasal umur sumer tue.. janji hang ikhlas...". Ape lagik, x sempat ishtihar betul2 lagik, terus dier pegang tangan aku n said "shiem, thank you shiem" sambil mencium tgn aku... ahahaha... sedih lak aku ingat balik.... hehe..aku pun terkesima n tersipu malu... hahahhaha...... tapi declaration nie berlaku pada 24hb april 2002 jam 12.10 tgh malam.... lepas dr tue siap p jalan2 kat uptown tue.... tapi kami sembunyikan declaration nie dr kawan². Mase behday tue, Si A bagik hadiah mcm2 ngan hubby.. aku diam jerk coz aku kan student jauh dr keluarga.. duit xde.... nak mkn pun jimat². Mana nak ade duit beli hadiah... herm... tapi time tue, hanya sorang jer yg tau.... din! Dier gak yg simpan rahsia.... Ambek mase sebulan gak nak bgtau kawan² tapi kawan² macam dah boleh bace jerk.. yela, nak naik bas pun dier berhantar aku... dok dlm kelas pun kekadang dok sebelah aku.... sape x boleh agak mcm tue kan.... tapi declaration kami nie si A x suka.. n dier telah menjauhkan diri dr kami... So, kami ambek keputsan nak bgtau secara telus ngan dier. Dier cakap dier dah tahu n nak putus kawan ngan aku??? heh! kuat betul penangan hubby aku time tue smp ade org tergila²... aku ni releks jerk, xde la xcited sgt pon.... hehehe....

lepas class, sempat lagik bergamba... :D

Tapi lantak la kan... wekekeke.... start dr tue, makin hari makin ghamai la yg tahu kitaorang couple... sampai la kitaorang dah berkerjaya... tanggal 070805, aku n hubby ambek keputusan utk bertunang. Ambek mabek setengah thn utk berkahwin. 310306, kitaorang pun bernikah....... selepas 2 bulan berkawen aku disahkan mengandung... wekeke... hepi giler sihh.....!


mase sama² konvo... what wonderful life~!


kawen..~!

Alhamdulillah skrg dah ade sorang anak.... Yg makin cerdik, cergas..makin pintar.... watever, semoga kebahgiaan menyebelahi aku... Aku cukup hepi dgn keluarga yg aku ade skrg.... Kalu ade pun, normal la... bumi mana yg x ditimpa hujan kan.... Sebagai seorang isteri kepada AFRIZAL dan mama kepada MUHAMMAD HADZEQ, aku kena tabah, sabar dalam meniti kehidupan nie. Bukan mudah nak mudah n bukan senang nak senang...


tgh sarat....~!


our hero~! I cannot life without you~!

Papa, thanks menjaga mama selama ini. Mama mendoakan kejayaan papa dlm bidang kerjaya dan pelajaran yg bakal papa tempuh. Sama²lah kiter harung n tepuh kehidupan nie bersama dengan anak tersayang.. Semoga kiter lebih matang dalam ape juga keadaan. Mama sentiasa sayang, cinta dan rindukan papa sebagai mama penah merasainya dulu. Never change!



u're my world..my heart..my soul..i promised~! It's true... Tiada yg lebih bahagia selain dr melihat wajah org yg mama sayang...mama mendokan kebahgiaan akan menjadieq milik kiter hingga ke pintu syurga... @}---