Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama… Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan… Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah…. Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Hajar…. Mampukah aku menjadi wanita solehah?A Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah

Saturday, April 21, 2007

Assalamualaikum wbt!
Posted 1,
Wachaa.....
dah lama aku x menaip sepatah dua kata kat blog kesayangan aku nie.. Baru hari nie tergerak hati nak menaip. Maklumla sejak² ade baby... Dah 3 bulan lebih berlalu. Begitu pantas masa tue berjalan meninggalkan saat² yg paling indah dalam hidup aku. Anak yg aku kandungkan selama 9 bulan telah pun lahir pada 2.2.2007. So, kalu nak tgk gambar sila la lawati fotopages aku yg sentiasa aku update!

Posted 2,
Pengalaman bersalin.........

More...Pengalaman menjadieq seorang ibu memang seronok tambahan lagik bagi orang yg pertama kali merasainya. Begitu jugak dengan aku. Alhamdulillah, melahirkan Muhammad Hadzeq pada 2 Feb 2007 jam 11.26 am sesuatu yang bererti buat aku. Watever, aku nak share sket pengalaman aku pada kengkawan yang bakal menghadapi saat2 ini.
Bermula pada jam 1.30 a.m, aku terasa seperti senak2 perot sahaja. Terasa nak buang air besar. Rasanya 2,3 kali jugak masuk ke bilik air tapi tak ada ape pun yg jadieq. Dalam hati nie berkata maybe sakit perot biase padahal jantung nie dah berdegup2 laju seperti ade sesuatu yg bakal berlaku. Aku gerakkan hubby dan menyatakan rasa sakit perot nie. Hubby hanya mampu melihat dan menyuruh aku tido je. Herm... aku ikutkan aje cakap hubby tu. Just releks..... tapi mana nak leh pejam mata nie dalam keadaan begitu. Aku mencapai satu bantal dan keluar tido di ruang tamu. Kipas dilajukan. Tapi sakit perot nie masih belum berkurang sehinggalah waktu subuh. Mama keluar dari bilik utk mengerjakan solat subuh. Dia tanya pada aku kenapa dan aku pun menyatakan keadaan aku time tu. Dari riak wajah mama seperti ade sesuatu yg bakal berlaku tapi dia tak nyatakan ape2. Maybe dier takut aku risau....

Sehingga lah ke siang harinya.... Rasa sakit nie masih belum berkurang. Rasanya seperti senak2 perot. Jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Mama kol Klinik desa dan bercakap dengan makcik Salma yg aku kenali rapat. Dier datang ke rumah dan memeriksa keadaan tekanan darah dan sebagainya. Katanya belum sampai masa tapi sekiranya sakit kuat ini berlarutan selepas solat maghrib boleylah beransur ke hospital. Herm.... berdebar jantung aku dibuatnya. Mama yg aku lihat kelihatan agak tenang. Hubby aku lak seperti biasa dan sempat bergurau dengan aku. Kononnya nak bagik aku lupakan sket rasa sakit tue. Jam 6 petang aku terasa rasa sakit perot selang dalam 5 minit. Hadey.... rasanya mcm nak tercabut pinggang dibuatnya. Mama sediakan makan utk aku. Even aku terasa sakit tapi aku makan jugak takut2 nanti nak meneran x ada tenaga pulak. Selepas maghrib aku rasa mcm x ley tahan.... Abah sarankan aku dihantar ke hospital secepat yg mungkin. Katanya takut pengalaman lama berulang kembali yg mana kakak bersalin di rumah dan x sempat di bawa ke hospital. Walaubagaimana pun, tiada sebarang tanda seperti air ketuban atau tumpah darah. Sesampai di hospital, mata aku nie dah bergenang2. Rasa takut, bimbang dan rasa sayang pada mama semakin kuat. Ntah la... emotional lak rasanya ketika tue... Aku masuk ke tempat pemeriksaan. Yang buat aku terkejut, doktor yg memeriksa aku tu, kawan satu skolah aku. Hadeyy.... dah jadieq doktor rupanya kawan aku tue. Dier menyelup masuk dan menyatakan pada aku bahawa bukaan aku sudah hampir 5 cm. Erk....bertambah degup la jantung aku ketika nie. Dier menyuruh aku masuk ke labour room utk dipecahkan air ketuban. Sebelum tu, aku keluar berjumpa dengan abah mama serta adik aku. Time nie cukup menyentuh perasaan aku. Air mata nie seperti air sungai yg mengalir deras... aku cium tgn mama ngan abah dan memohon kemaafan di atas segala kesilapan aku.

Sejurus selepas itu, aku pun masuk ke labour room. Kemuadian air ketiban dipecahkan dan aku dicucuk masukkan air. Kesakitan terasa semakin kuat.... Hanya perkataan 'Allah' dan ayat nabi yunus sahaja yg bermain di bibirku. Tidak lama kemudian hubby aku masuk dengan sebuah senyuman. Terasa tenang jiwa nie melihat dier disisi. Sambil menggenggam tangan dier aku membaca ayat2 Allah. Terlihat rasa bimbang diraut wajah hubby aku. Melihat keadaan kesakitan contraction yg aku alami, doktor memberikan ubat tidur pada aku. Tapi ape kan daya, contraction yg aku rasai lebih sakit. Ubat tido yg diberikan seperti tiada makna bagi aku. Dengan pengalaman bersalin pun tak ada.. Sampai satu tahap kesakitan tue aku meminta keizinan nurse utk turun ketil n berjalan... klakar lak ghase... nurse kata "Mana leh jalan dik oi... kepala anak dah ke bawah dah tue...." hehhehe..... Sempat aku bat kelakar seram....

Pada jam 11.15 mlm, rasa sakit contraction tidak dapat di tahan.... Aku meminta hubby memanggil doktor. Rasa nak push tidak dapat di tahan2 lagik.... Aku panggil nurse, "nurse, sy nak push dah nie..!" Nurse cakap mana boley push lagik. Dalam hati aku. Nak push mana leh tahan.... NTah mcmana suara aku yg mcm nak push tue membuatkan nurse tue kelam kabut... hehehhe.... padan muka! Dah nampak kepala baby!! Doktor datang... Dalam keadaan begitu terdapat 3,4 org nurse dan 2,3 org doktor yg kelihatan datang memberi semangat. Contraction semakin kuat sehingga satu tahap kesakitan tue aku pun push then push then.......... alhamdulillah tepat jam 11.26 mlm aku selamat melahirkan zuriat aku yg bernama Muhammad Hadzeq yg seberat 3.1 kilo. Sakit yg aku rasakan mcm nak tercabut pinggang tadi tue, terus hilang serta merta.... Ya Allah besarnya kuasaMU. Terasa lega.... hadzeq diletakkan didadaku... Alahmdulillah sempurna segalanya...... selepas 10 minit melahirkan hadzeq, aku termuntah. Maybe tindakan dari ubat tido tadi...

Hubby aku tersenyum gembira dan terus mencium dahi aku ketika tue. Dan selepas itu... aku hanyut ntah ke mana..... Oooo... baru mengena ubat tido tadi tue.... HUhUhuhuhuuu....

Watever, aku bersyukur sangat dapat menjadieq mama kepada Muhammad Hadzeq. Even, dier lahir setengah jam sebelum masuk ke tarikh birthday mama dier. HEPI BIRTHDAY MAMA! Watever, thanks to papa yg banyak memberi semangat. I LOVE U so much...! Mama abah.... pengorbananmu tak dapat dinilai dgn apa2. Cuma doa yg dapat mengiringi kemana sahaja mama ngan abah pegi. Angah love mama abah sampai ke hujung nyawa...Amin♥

Thursday, April 12, 2007

shiemz.com?

Hehe... tercapai gak hajat haku nak bukak doman sendirik! Tengkiu jun! Dah lama aku nak ada doman cam nie. Lagipun bukannya mahal pun... Tapi aku agak terkilan gak la... dari shiemz.blogspot.com kendian ke shiemz. arfah.net kendian mamahadzeq.wordpress.com dan skarang aku harap aku nak stay dgn blog aku yg bernama shiemz.com nie. Doa² la aku stay forever n ever ngan blog aku nie... Dah banyak posting aku buat dari tahun 2004 hingga ke skrg.. lastly xley nak transfer balik ke shiemz.com... cedeynyer!!!

So, aku hengat nak edit² lagik blog haku nie... Terpaksa la haku bermula dari awal balik..uwaa!! Nie yang malas nie.. dengan keje banyak kat opis nie lagik... Kat umah dah komputer ntah ke mana². Tensen jerk! Malas aku nak pikir!

Whatever, hidup harus diteruskan... Semoga berjaya! Hadzeq doakan mama berjaya! Sayang mama!! :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Petapetapeta.. peta..peta.... hehehe... mesti korang terpikir ape kebenda la yg aku mengarut nie. Tapi nie lah realiti dari hari ke hari.... Hadzeq anak kesayangan aku tue dah pandai menyembang²... mulutnya dah bising². Sonok lak aku menyembang nagn dier. Macam paham jer ape yang aku dok sembang² dengan dier... Badan dier yang semakin gebu, keras n tegap tue, mang sonok dipeluk².. Badan Hadzeq dah macam badan papa.. Montok!

Tapi dah makin nak masuk 4 bulan nie, masih x boley meniarap lagik! Berat montot betul anak mama sowang nie... babab dier nieh! Skrang nie dier x byk kerenah sangat. Tdo pun baik jerk.. Alhamdulillah.. aku pun x stress jaga Hadzeq. Semoga anak mama dier terus..terusan jadieq anak yang baik... InsyaAllah.